Posts

Showing posts from July 16, 2015

Koleksi Video Iklan Hari Raya Aidilfitri 2015

Image
Pada setiap musim perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri, kemunculan iklan atau filem pendek hari raya adalah antara yang ditunggu-tunggu. Sudah menjadi kebiasaan bagi syarikat-syarikat ternama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah iklan Hari Raya untuk menyampaikan sebuah mesej tersirat dan sekaligus memeriahkan lagi suasana Hari Raya. Berikut adalah himpunan / koleksi video Iklan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015 : Astro - Kisah Benar Herman Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan setiap insan berhak untuk mendapat kemaafan. Kemaafan sebenar tidak hanya semasa hari perayaan. Tidak hanya dituturkan ketika azan 1 Syawal. Kerana�. Ruang maaf tiada batasnya. Tiada noktah untuk kemaafan. Media Prima (TV3, TV9, 8TV, NTV7) #SyukurSelalu - Menzahirkan Kebahagiaan Apabila kita melihat dengan hati, sekecil mana pun kurniaan Ilahi, pasti menzahirkan kebahagiaan yang tidak ternilai. Telekom Malaysia (TM) - #PakCikMisteri "Orang yang susah lagikan memberi, kenapa