Posts

Showing posts from March 21, 2016

CCleaner Kekalkan Prestasi Komputer di Tahap Terbaik

Image
CCleaner antara software yang perlu ada dalam komputer anda - perisian serbaguna popular dan percuma ini berfungsi untuk mengekalkan prestasi sistem komputer di tahap yang terbaik. CCleaner mempunyai paparan antaramuka yang kemas dan ringkas menjadikan ia amat ringan, pantas dan mudah digunakan. Cleaner - Membuang fail tidak berguna yang terkumpul dari masa ke semasa, seperti fail-fail sementara daripada sistem dan butiran pelayaran internet. Ia sekaligus menjimatkan penggunaan hardisk. Tekan butang "Run Cleaner" untuk menjalankan proses pembersihan. Registry - Mencari, memperbaiki dan membuang masalah registry pada komputer anda, membolehkan sistem komputer anda beroperasi dengan lancar dan baik. Tekan "Scan for Issues" . Tunggu hingga selesai, dan tekan "Fix selected issuees" , dan "Fix All Selected Issuees". Tools - Fungsi tambahan pada CCleaner yang membolehkan anda menguruskan program dan aplikasi yang dipasang dalam PC (Uninstall,