Posts

Showing posts from January 17, 2016

Honda Wave Dash FI 2016 di Malaysia

Image
Boon Siew Honda telah melancarkan motorsikal Honda Wave Dash FI , model terkini siri Honda Wave bagi tahun 2016 untuk pasaran tempatan. Ia merupakan model generasi ketiga Honda Wave dan merupakan pengganti kepada model tahun 2011 yang lepas iaitu HondaWave Dash. Honda Wave Dash kini lebih berkuasa, lebih ekonomi dan lebih selamat selain penampilan yang lebih sporty dan menarik. Motorsikal HondaWave Dash FI didatangkan dengan tiga varian iaitu S, R dan Edisi Repsol. Versi S dilengkapi dengan brek dram di belakang dan brek cakera di hadapan sahaja. Sementara, versi R dan Edisi Repsol didatangkan dengan brek cakera di hadapan dan belakang. Harga Jualan Honda Wave Dash FI (Januari 2016) Honda Wave Dash FI S : RM 5,229 Honda Wave Dash FI R : RM 5,549 Honda Wave Dash FI Repsol : RM 5,699 Ciri-ciri dan spesifikasi Honda Wave Dash FI Enjin 110cc dan sistem PGM-FI (Programmed Fuel Injection)  Transmisi 4 kelajuan (Gear) Muatan Tangki minyak Petrol = 4.0L Ukuran Tayar (Depan 70/90-17M/C